Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Archive for the ‘Berita’ Category

Mesyuarat Perwakilan Puteri JB 2012

leave a comment »

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Puteri Bahagian Johor Bahru telah berjaya diadakan pada 15 Julai 2012 yang bertempat di Dewanraya Kg Dato Onn Jaafar, Larkin Johor… dan telah dirasmikan oleh YBhg Pn Nor Azita Bt Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri Bahagian Pekan.

Segulung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua perwakilan dan barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru kerana kerjasama yang telah diberikan..

Segala amanat yang telah disampaikan oleh Perasmi dan barisan pucuk pimpinan kita perlu lah kita abdikan dalam perjuangan kita yang tidak pernah tamat..

Zero Wanita Muda Ke Arah Pembangkang

Advertisements

Written by puterijb

Julai 15, 2012 at 9:22 pm

Dikirim dalam Berita

Program Kembali Ke Sekolah

leave a comment »

Tahniah diucapkan kepada barisan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru kerana berjaya mengadakan Program Kembali Ke Sekolah pada 5 Disember 2010 yang lalu di Giant Hypermarket Southern Johor..

Written by puterijb

Disember 13, 2010 at 3:31 pm

Dikirim dalam Berita

SELAMAT BERSIDANG

leave a comment »

perwakilan

Written by puterijb

Julai 15, 2009 at 3:56 pm

Dikirim dalam Berita

Program Pengisian Jawatan Sektor Awam Kerajaan Negeri Johor

leave a comment »

Program Pengisian Jawatan

Sektor Awam Kerajaan

Negeri Johor

Sukacita dimaklumkan bawah UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR akan mengadakan program sebagaimana di atas ketetapan berikut :

Ä     Tarikh             :           26hb. Jun 2009       (Jumaat)

27hb. Jun 2009       (Sabtu)

Ä     Jam               :           9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ä     Tempat         :           Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan,

80000 Johor Bahru, Johor.

Baca baki entri ini »

Written by puterijb

Jun 24, 2009 at 2:14 pm

Dikirim dalam Berita

MUTIARA MOTORS DINNER IN CONJUCTION WITH JAPAN GT RACE 2009

leave a comment »

P6080059

P6080054 P6080044

P6080057

Written by puterijb

Jun 19, 2009 at 10:29 pm

Dikirim dalam Berita

Ucapan Tahniah Untuk Hazlin & Anuar Dari PUTERIJB

leave a comment »

Jun 15, 2009 pergerakan pemuda umno bahagian johor bahru

anuarlinwed1 New Image

Dengan 2 kali lafaz, Sdra. Anuar Ariffin, Pengerusi Biro Kemasyarakatan, Kebajikan & Gerak-gempur PPUJB dan Sdri.  Hazlin Aniza Binti Zainal Abidin, Pengerusi Biro Latihan Puteri JB, kini sah bergelar suami isteri. Tahniah kami ucapkan buat kedua-dua pasangan mempelai. Semoga perkahwinan anda dirahmati dan berkekalan ke akhir hayat. Selamat Berbahagia bersama insan tersayang dan tercinta.

DSC00659 DSC00688 DSC00694 P5290042

Amat garang Datuk Bentara

Musuh melanggar habis dibenam

Dulu seorang kini berdua

Hidup bersama susah dan senang

Malam hari memasang damar

Menangkap ikan di tepi titi

Suami isteri mesti bersabar

Kekal rukun damai dihati

Written by puterijb

Jun 16, 2009 at 2:36 pm

Dikirim dalam Berita

Ahli boleh beri pandangan

with one comment

Ahli boleh beri pandangan

Posted on Thursday, June 04 @ 09:55:51MYT

Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka. ”Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan. ”Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,” katanya. Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT). Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu. Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini. Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka. Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti. ”Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,” katanya. Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan. ”Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,” katanya.

Written by puterijb

Jun 4, 2009 at 10:07 am

Dikirim dalam Berita