Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Aktiviti

with 5 comments

Aktiviti Puteri


SEKETARIAT BENCANA ALAM
Sekretariat Bencana Banjir adalah bagi mengumpul segala jenis bentuk sumbangan terutamanya selimut, lampin pakai buang, keperluan harian, keperluan sekolah serta keperluan makanan asas. Sumbangan berupa wang juga amat dialu-alukan.
TABUNG PRIHATIN PUTERI
Tabung Prihatin Puteri ini adalah untuk membantu ahli-ahli Puteri yang menghidap Penyakit-penyakit kronik contohnya barah dan lain lagi khasnya dari segi menyalurkan bantuan kewangan yang diperolehi hasil kutipan dari kalangan ahli-ahli Puteri sendiri dan disalurkan kepada ahli-ahli Puteri yang memerlukan.
KHIDMAT ADUAN PUTERI UMNO MALAYSIA
KAPUM ditubuhkan untuk menjadi agensi UMNO yang bertindak untuk memberi pandangan dan cara penyelesaian terhadap segala aduan yang dikemukakan oleh orang ramai tanpa mengira agama, kaum dan idealogi politik melalui saluran kerajaan yang sediada.
SKUAD PENGGUNA BESTARI
Biro Pengguna PUM ingin menjadi penghubung kerajaan dan rakyat dengan lebih berkesan untuk menolong menangani isu kenaikan harga berleluasa, kekurangan gula dan banyak lagi isu-isu lain yang berkaitan pengguna yang sekarang ini hangat diperkatakan. Oleh yang demikian, menyedari musim perayaan bakal tiba dimulai dengan bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, Biro Pengguna Puteri UMNO Malaysia menubuhkan Skuad Pengguna Bestari yang terdiri daripada ahli-ahli Puteri di peringkat akar umbi bermula dengan cawangan-cawangan, bahagian-bahagian dan negeri-negeri.
TUNAS KERJAYA
Tunas Kerjaya merupakan satu program usahasama di antara Puteri UMNO Malaysia dan Akademi Graduan. Program ini memberi peluang kepada golongan remaja dan belia untuk mengikuti program latihan kerjaya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Malah, program ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang masih tidak dapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak sama ada sektor swasta mahupun kerajaan.
JOM ! BACA

Written by puterijb

November 12, 2008 pada 3:59 pm

5 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. APE lg aktiviti yg akn diadakan pd february?

    kiela

    Februari 13, 2009 at 11:31 am

    • Terima kasih di atas kesudian saudari melawati website PuteriJB..Buat masa nei PuteriJB ada menganjurkan teater Mini Konsert Derita Gaza, Maklumat lanjut Ada Di siarkan pada Ruangan Aktiviti

      puterijb

      Februari 16, 2009 at 4:26 pm

  2. lawatan ke sri pentas ada mengenakan bayaran ke? berapa?

    vie

    Februari 18, 2009 at 4:14 pm

    • buat masa nei lawatan terbuka kepada semua ketua pergerakan puteri umno cawangan-cawangan bahagian johor bahru..
      jika saudari berminat untuk mengikuti sila hubungi pejabat puteri umno jb yang tertera pada pages HUBUNGI

      puterijb

      Februari 19, 2009 at 4:54 pm

  3. assalammualaikum…apakah aktiviti yang akan diadakan pada bulan april nie?

    vie

    April 9, 2009 at 1:52 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: