Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’

with one comment

Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’ , sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Negeri Johor, anjuran DBP Wilayah Selatan dan kumpulan Teater KESUMA-I Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor dan RTM Johor.

PADA:
-23 Oktober 2009 (Jumaat): 8 malam.
-24 Oktober 2009 (Sabtu): 2.30 petang dan 8 malam.

TEMPAT:
Autorium RTM Johor, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru, Johor.

MASUK PERCUMA

Pendahuluan

Teater adalah medium kreatif untuk menyampaikan mesej mahupun teguran sosial yang efektif dalam kalangan masyarakat. Pelbagai jenis teater boleh dipentaskan seperti teater bangsawan, teater musikal, teater sejarah, teater monolog dan berbagai lagi. DBPWS meneruskan tradisi mengangkat bidang persurata, seni dan budaya dalam bentuk pementasan teater. Sejak tahun 2005 hingga kini, DBPWS giat mementaskan teater berskala kecil iaitu berbentuk monolog serta mengadakan Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007.

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 peringkat negeri Johor, pihak DBPWS berbesar hati mengundang Persatuan Teater Kesuma-I Johor Bahru untuk mementaskan teater yang berjudul Srikandi Tanah Jauhar yang memaparkan dan mengangkat sejarah serta warisan seni budaya dan persuratan negeri Johor.

Sinopsis

Srikandi Tanah Jauhar mengungkap kegigihan anak-anak muda dalam memperjuangkan maruah bangsa dan tanah air. Johor pernah memiliki wilayah amat luas yang meliputi Terengganu, Kepulauan Riau melangkauan Pahang, Singapura dan selatan Semenanjung Tanah Melayu malah Johor itu berasal daripada perkataan ‘jauhar’ yang membawa makna ‘permata’ oleh pedagang-pedagang dan pendakwah dari Timur Tengah.

Srikandi Tanah Jauhar berlatarbelakangkan dua zaman. Zaman Bongkok sekitar awal tahun 1900 digabungkan dengan latar belakang Tun Fatimah sekitar tahun 1500. Perjuangan dengan jiwa raga, darah dan air mata dalam menegak kedaulatan tanah tumpah darah, mempertahankan ideologi sedia ada serta menghapuskan ideologi lapuk yang membebankan orang kebanyakan. Mereka menjadi lagenda kepada para pejuang pada masa kini. Perjuangan melalui kuasa politik diteruskan dengan mengambil semangat daripada roh-roh  pejuang yang tubuhnya telah lindap di bawah lapisan tanah namun semangatnya masih mengapung tekad tekal generasi warisan masa kini.

Karya dan Arahan: Rahimah Muda

Written by puterijb

Oktober 24, 2009 pada 6:19 pm

Dikirim dalam Aktiviti, Informasi

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] PDRTJS_settings_489767_post_211 = { "id" : "489767", "unique_id" : "wp-post-211", "title" : "Srikandi+Tanah+Jauhar", "item_id" : "_post_211", "permalink" : "http%3A%2F%2Fenciktonton.wordpress.com%2F2009%2F10%2F25%2Fsrikandi-tanah-jauhar%2F" } Petikan dari puterijb. […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: