Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Ahli boleh beri pandangan

with one comment

Ahli boleh beri pandangan

Posted on Thursday, June 04 @ 09:55:51MYT

Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka. ”Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan. ”Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,” katanya. Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT). Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu. Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini. Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka. Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti. ”Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,” katanya. Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan. ”Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,” katanya.

Written by puterijb

Jun 4, 2009 pada 10:07 am

Dikirim dalam Berita

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: