Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Setuju UMNO hapus kuota

leave a comment »

PUTRAJAYA 21 Mei – Sistem kuota pada pemilihan UMNO akan dihapuskan jika cadangan tersebut diluluskan oleh para perwakilan pada perhimpunan khas parti penghujung tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan parti yang bermesyuarat hari ini bersetuju membawa usul tersebut pada perhimpunan khas itu.

”Pindaan ini akan dibawa pada perhimpunan khas sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

”Sebaik diluluskan, perlembagaan parti serta-merta akan dipinda,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan UMNO di sini hari ini.

Kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 191 bahagian UMNO, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus).

Menurut Hishammuddin, dengan penghapusan sistem kuota, sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak boleh menawarkan diri di semua peringkat.

”Ia dilihat sebagai satu usaha lebih telus, bebas serta memberi peluang kepada sesiapa saja untuk menawar diri dan mendapat tempat jika ada sokongan daripada ahli,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, jawatankuasa berkenaan turut menimbangkan cadangan supaya mesyuarat pemilihan di semua peringkat bahagian melibatkan 60,000 ahli diadakan secara serentak.

Katanya, ia dilihat lebih realistik dari segi logistik berbanding pelaksanaan mesyuarat secara serentak di peringkat cawangan melibatkan jumlah ahli yang besar iaitu 3.4 juta orang.

Selain itu, jelas beliau, pihaknya juga mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti memudahkan pembayaran yuran pencalonan, memperluaskan keahlian kepada ahli-ahli gabungan seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan kemudahan pendaftaran sebagai ahli menerusi teknologi maklumat (IT).

Written by puterijb

Mei 22, 2009 pada 9:47 am

Dikirim dalam Berita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: