Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi

leave a comment »

Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi

AHMAD Maslan (dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan Biro Tata Negara ketika melawat Pejabat BTN Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 15 Mei – Lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugas masing-masing.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kegagalan memahami tugas menyebabkan mereka tidak aktif memberi penerangan mengenai isu- isu semasa kepada rakyat kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan sebagai jentera penerangan parti.

”Di seluruh negara terdapat 20,000 jentera penerangan cawangan parti, 18,000 ketua penerangan Wanita, 15,000 ketua penerangan Pemuda dan 7,000 ketua penerangan Puteri.

”Bilangan mereka ramai tetapi tidak tahu apa yang hendak dibuat dan ini menyebabkan mereka tidak aktif.

“Contohnya di Terengganu ada 1,000 cawangan dan 1,000 Ketua Penerangan Cawangan tetapi tak aktif dan tidak tahu kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan jawatankuasa penerangan empat peringkat UMNO Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Menurutnya, kesemua jentera itu perlu digerakkan sebagai persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Untuk tujuan itu, jelasnya, beliau akan turun padang ke semua bahagian untuk berjumpa dengan Ketua Penerangan Bahagian dan mengarahkan mereka mengaktifkan jentera masing-masing.

”Kita sudah ada nama dan orangnya, cuma perlu dipetik suisnya sahaja supaya tempat gelap jadi terang,” jelasnya.

Ahmad memberitahu, setakat ini beliau telah turun ke 10 daripada 191 bahagian UMNO serta mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO di empat negeri termasuk Terengganu pada hari ini.

Beliau yakin jika semua jentera penerangan digerakkan, ia mampu memberikan kesan yang baik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara.

Ahmad berkata, jentera-jentera penerangan akan dilatih serta diberikan kursus sebagai penceramah dan penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi.

Beliau menyasarkan untuk melahirkan minimum 50 penceramah di setiap negeri.

utusanmalaysia

16mei2009

Written by puterijb

Mei 16, 2009 pada 1:12 pm

Dikirim dalam Berita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: