Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-63

with one comment

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-63
May 11th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama

umno63-copyKUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini genap usia UMNO 63 tahun, satu usia yang cukup matang dalam mengharungi perjuangan khususnya membawa bangsa ke arah kecemerlangan dan kemajuan tanpa menidakkan kepentingan agama yang menjadi landasan mengikut acuan budaya ketimuran.

Menilai kembali tarikh tersebut, ia bukanlah suatu jangka masa yang singkat apatah lagi untuk mengisi perjuangan dan memindahkannya untuk sama-sama dialirkan sebagai semanagat bangsa kepada generasi kedua hari ini.

Dalam menelusurinya, tentunya para pejuang hari ini bukanlah berjuang seperti tokoh terdahulu yang matlamatnya adalah untuk mengusir penjajah dan menuntut kemerdekaan sebaliknya ia lebih kepada pengisian dengan perjuangan ke arah pembangunan, kemajuan dan kecemerlangan yang bukan sahaja mencakupi aspek material tetapi juga minda dan intelek yang tinggi.

Namun demikian, idealogi yang diperjuangkan oleh UMNO tidak pernah berubah biarpun zaman berganti zaman, dan generasi muda telah menjadi pelapis, UMNO tetap kekal utuh sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan berlandaskan agama, bangsa dan negara.

Kerana itu, UMNO tetap relevan, dalam apa jua keadaan atau suasana yang dihadapinya, ia tetap teguh.
Tidak dinafikan bahawa sepanjang lebih enam dasawarsa usia UMNO, pelbagai dugaan sama ada pahit dan manis telah dilalui, badai mendatang bukan mudah melaluinya, gelombang mengganas tidak mudah dilawannya, tetapi lantaran tujuan murni penubuhannya, UMNO utuh bersama bangsa dan terus menjadi tunjang dalam negara.

Sememangnya, pengalaman lalu telah banyak menjadi tauladan apatah lagi UMNO pernah dilibatkan dengan pelbagai masalah yang bukan hanya timbul dari pihak luar sebaliknya dalam parti tersebut juga wujud pihak yang bersifat gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan duri dalam daging.

Dari luar, UMNO menghadapi serangan dari parti-parti pembangkang dengan pelbagai cara serangan atas tujuan untuk melumpuhkan parti lantas mempunahranahkan untuk tujuan mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Pihak pembangkang melakukan pelbagai cara termasuklah dengan menabur fitnah dan serangan peribadi, melakukan provokasi dan manipulasi di samping bersikap bermuka-muka ibarat baik ada makna lantas menawarkan itu dan ini kepada ahli parti yang bersifat atas pagar untuk tunduk kepada mereka.

Dalam hal yang sama juga, pembangkang sendiri sanggup untuk mewujudkan satu kesatuan di kalangan mereka sendiri walaupun secara terang-terangan idealogi yang didukung amat berbeza, tetapi atas tujuan menghancurkan UMNO, mereka sanggup berlakon.

Malangnya, ia juga tidak dapat merosakkan UMNO sebaliknya parti-parti pembangkang sendiri yang terperangkap dalam agenda permainan mereka, namun demikian enggan mengakuinya dan kesalahan dipalitkan pula kepada UMNO juga.

Dalam parti sendiri pula, sememangnya wujud ahli-ahli yang bersikap musang berbulu ayam, sanggup merosak daripada membaiki sekiranya gagal mendapat keuntungan atau faedah atas apa yang dilakukan.

Pejuang parti sedemikian bersikap suam-suam kuku, dan mempunyai agenda sendiri menyertai UMNO iaitu bukan atas matlamat untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya lebih bersifat peribadi dan untuk diri sendiri.

Lantaran wujudnya pejuang sedemikianlah, iaitu insan yang tidak layak disebut pejuang maka UMNO dipandang negatif oleh segelintir pihak, persepsinya diterbalikkan, kesederhanaan yang diletakkan dalam perjuangannya dipandang serong hinggakan dikata ia bersifat elit dan hanya untuk kroni semata-mata.

Kerana kepentingan peribadi dan kecewa kerana kuasa gagal dperoleh jugalah, UMNO turut diseret ke mahkamah hinggakan namanya dijaja dengan persepsi teramat buruk dan tokoh-tokoh lampau menangis mengenangkannya.

Namun demikian, itu semua sudah berlalu, yang baik jadi sempadan dan yang buruk jadi tauladan.

Dengan usia UMNO ke-63 ini, tekad diperbaharui dengan perubahan-perubahan yang akan lebih mesra kepada ahlinya dan rakyat di semua peringkat, untuk tetap meneruskan kesinambungan parti agar dapat menjadi pusaka untuk diwariskan kepada generasi seterusnya.

Lantaran itu juga, bersama-samalah kita meraikannya dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Written by puterijb

Mei 11, 2009 pada 5:42 pm

Dikirim dalam Berita

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

    Itu pun dah cukup terang dan jelas akan ‘suara rakyat’ dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

    Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

    Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

    Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

    Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya ‘rampasan kuasa’ sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

    Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

    Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana…. Amin!

    jamilkucing

    Mei 11, 2009 at 9:53 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: