Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

SALMAH SAFFAR DILANTIK KETUA WHIP MBJB

leave a comment »

JOHOR BAHRU 7 Mei – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakar sejarah apabila melantik wanita memegang dua jawatan teratas dalam Ahli Majlis MBJB.
Pelantikan Salmah Saffar, 62, selaku Ketua Whip manakala Timbalannya disandang oleh Tan Lian, 53, diumumkan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir dalam majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini semalam.

Sebanyak tujuh muka baru yang dilantik termasuk Salmah, Sunawan Md. Som, Datuk Yahya Jaafar, Md. Ali Alwee, Leow Kam Choy, Ng Puay Wah, Chin Lee Fong dan Teo Boon Kong.

Ahli yang dilantik semula ialah Datuk Ibrahim Ghafar, Ahmad Daud, Khalid Mohamed, Azman Dawam, Ramlee Bohani, Abdul Rashid Kasman, Chang Mei Kee, Neo Khai Beng, Ang Boon Heng, Wong Kwee Eng, Tan Lian, Yap Chen Heng dah Abdul Md. Yusof.
Kesemua ahli majlis berkenaan mengangkat sumpah bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Disember 2010 di hadapan Mohd. Naim.
Dalam pada itu, Salmah yang ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pelantikannya merupakan satu penghargaan kepada golongan wanita.
Jawatan tersebut, jelasnya, membuktikan wanita hari ini berkelayakan untuk memegang sebarang jawatan yang ada di dalam sesebuah organisasi.
“Saya bersyukur atas pelantikan tersebut dan berazam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya warga bandar raya ini,” katanya.
Mohd. Naim pula yakin Salmah dan Tan Lian mampu menjalankan tugas mereka dengan baik dalam mentadbir sekali gus mempamerkan prestasi cemerlang.
“Soal gender bukan lagi perkara pokok yang harus dipertikaikan. Apa yang perlu ialah semua yang dilantik perlu memberikan perkhidmatan terbaik dan memuaskan hati warga bandar raya,” katanya.
DSCN1659
– Utusan

Written by puterijb

Mei 9, 2009 pada 12:00 am

Dikirim dalam Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: