Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

DEMONSTRASI YANG GAGAL

with one comment

Usaha sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada hari ini untuk berdemonstrasi tidak kesampaian apabila diminta bersurai oleh pihak Polis yang telah bersedia untuk bertindak dalam sebarang kemungkinan.Program yang nampak dipelopori oleh parti PAS berdasarkan beberapa orang yang saya kenal berada dalam kelompok tersebut telah dihidu lebih awal oleh pihak Polis.

Ini terbukti apabila pihak berkuasa berkenaan telah menghubungi pengurusan masjid dan meminta supaya dibuat pengumuman sebelum bermula solat Jumaat agar orang ramai tidak berkumpul untuk berdemonstrasi dalam kawasan masjid.

Apabila jemaah melihat ramai anggota Polis berkawal di luar kawasan masjid, mereka bertanggapan terdapat lawatan pembesar negara kerana seminggu sebelumnya terdengar ura-ura Tengku Mahkota Johor akan menunaikan solat Jumaat di masjid ini.

Selesai solat Jumaat, ketika para jemaah keluar dari bangunan masjid, kelihatan beberapa pemuda berkumpul di atas tangga pintu pagar masjid (bersebelahan kemah gerai bergerak Haji Murshid) dan salah seorang darinya mula berucap.

Pada masa sama, jemaah yang berada di masjid dan sebahagian masih melakukan zikir dan solat sunat rasa terganggu. Salah seorang darinya telah memekik dengan laungan yang kuat supaya kumpulan ini tidak melakukan sebarang gangguan dalam kawasan masjid.

Keadaan ini telah menyebabkan pihak Polis bertindak dan kelihatan dua orang dari kumpulan yang berdemonstrasi telah ditahan oleh pihak yang berkuasa. Salah seorang darinya dikatakan bernama Zaaba.

Hasil dari tindakan Polis ini menyebabkan keadaan menjadi reda dan jemaah dapat terus menunaikan ibadah sunat dan keluar dari perkarangan masjid dengan tenang.

Dari pemerhatian didapati apa yang dilakukan oleh kumpulan ini tidak mendapat simpati dan sokongan dari penduduk di Bandar Baru Uda sebagaimana juga yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Kecekapan pihak Polis bertindak seharusnya diberi pujian memandangkan kawasan masjid tidak sepatutnya digunakan untuk kegiatan yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat.

Jemaah mula keluar dari masjid setelah selesai solat Jumaat
Beberapa pemuda mula berkumpul bersebelahan kemah gerai bergerah
Haji Murshid dan tidak dipedulikan oleh jemaah
Keadaan kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi
setelah dua orang darinya ditahan oleh pihak Polis
Mereka mungkin sedang berbincang untuk bersurai
atau mengambil tindakan lain

Suasana tenang di perkarangan masjid

Written by puterijb

Mei 9, 2009 pada 12:04 am

Dikirim dalam Informasi

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Nk bdemonstrasi buat la kt disco ke or danga bay ke..xpon wat masa org tgh sbahyang tu comfem xkene jerit..harap sembahyang je pakai sejadah tp perangai mcm haram jadah!!

    Ayat2 sy mmg keras dgn niat untuk menyakitkan jantung sesiapa yg berkenaan..

    MATLAMATPUNCAKESAN

    armin mohd sabah

    Mei 9, 2009 at 3:24 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: