Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

BEKAS ADUN TANJUNG PUTERI MENINGGAL DUNIA

with one comment

Al Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga bekas Adun Tanjung Puteri, Datuk Hj. Ali bin Muhammad di atas pemergian beliau  ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

JOHOR BAHARU 2 Mei – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Ali Mohamed meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari ulang tahun kelahirannya ke-68 hari ini.

Menurut isterinya, Datin Rokiah Othman, 56, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital tersebut sejak 21 April lepas.

“Allahyarham dimasukkan ke HSI pada 21 April lalu kerana terdapat ketumbuhan pada usus besar dan menjalani pembedahan di hospital sama pada 27 April lalu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Allahyarham menjadi lemah selepas pembedahan itu dan kurang selera makan.

Allahyarham, yang juga Timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan tujuh cucu.

Jenazah Allahyarham kemudian telah dibawa ke kediamannya di No.17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, di sini. – Bernama

Written by puterijb

Mei 2, 2009 pada 7:07 pm

Dikirim dalam Informasi

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Takziah…saya juga dpt sms di tentang kematian arwah oleh anak saudara beliau.
    Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Amin

    Puteri FBB

    Mei 4, 2009 at 11:51 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: