Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Archive for Mei 2009

Puteri Umno Selangor Tekad Dekati Golongan Muda

leave a comment »

SHAH ALAM, 30 Mei (Bernama) — Pergerakan Puteri Umno Selangor dalam tekadnya untuk membantu Barisan Nasional (BN) meneraju kembali pentadbiran negeri itu akan menumpukan usaha kearah membina keyakinan golongan muda bagi menyokong UMNO, kata Ketuanya Suhaila M Zin.

Beliau berkata bagi tujuan itu Puteri Umno Selangor akan berdamping serta mendekati para penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan lebih rapat lagi dalam usahanya membetulkan pandangan mereka mengenai BN dan Umno.

Katanya penyebaran maklumat menerusi blog-blog anggota pergerakan itu akan digiatkan lagi untuk menampilkan hujah-hujah yang lebih kukuh bagi menangkis serangan-serangan pembangkang di alam siber.

Menurutnya beliau percaya jika Puteri bertindak agresif menyerang kembali dakyah-dakyah yang disebarkan pembangkang, ia akan memberi peluang kepada Umno memenangi hati golongan muda.

“Selain golongan pelajar, Puteri Umno Selangor juga tidak akan meminggirkan golongan muda yang sudah bekerja termasuk di kalangan profesional dan mereka yang bergerak aktif di dalam badan-badan bukan kerajaan,” katanya pada satu persidangan media di sini malam tadi.

— BERNAMA

Written by puterijb

Mei 30, 2009 at 11:01 am

Dikirim dalam Berita

DATO’ SHAHRIR BERGOTONG ROYONG DI FLAT LEDANG

leave a comment »

Oleh : http://duniasunawan.blogspot.com/Pagi ahad lalu, penduduk Flat Ledang Bandar Baru Uda mengadakan program gotong royong membersihkan persekitaran perumahan mereka.

Program yang bermula pada jam 8:00 pagi dimulakan dengan ucapan-ucapan dari ketua penduduk, Pegawai Kesihatan Johor Bahru dan Dato’ Shahrir Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru.

Selepas ucapan-ucapan ringkas, semua yang hadir telah digerakkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di serata kawasan 254 unit rumah penduduk di kawasan berkenaan

Peralatan seperti pungkis, cangkul, penyapu, garpu dan sebagainya yang disediakan oleh Southern Waste Management telah digunakan sepenuhnya selain lori-lori yang digunakan untuk mengangkut sampah dan barang buangan.

Ketika melakukan kerja-kerja gotong royong, kelihatan ramai penduduk yang turut sama seperti dari kaum bapa, ibu dan anak-anak.

Keseronokan bekerja begitu ketara terutama melihat Dato’ Shahrir Samad yang terus melakukan kerja-kerja bahkan memberi arahan tentang kerja yang perlu dilakukan.

Kesungguhannya bekerja menyebabkan ramai penduduk yang mulanya hanya menjadi pemerhati terpaksa turun membantu.

Ketika matahari mula condong ke barat pada jam 1:00 petang, kerja gotong royong dihentikan apabila Dato’ Shahrir beredar dari kawasan kerja

Written by puterijb

Mei 29, 2009 at 2:56 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Puteri UMNO diberi tempoh 2 tahun tarikanak muda

leave a comment »

PUTRAJAYA 21 Mei – Pergerakan Puteri UMNO diberikan tempoh dua tahun melaksanakan pendekatan berbentuk kemasyarakatan bagi mengembalikan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh masa ditetapkan supaya semua anggota pergerakan itu dapat memberikan fokus terhadap semua inisiatif yang dilakukan.

”Tempoh masa yang diberikan itu tidak terlalu panjang dan adalah lebih baik kita tetapkan tempoh masa, jadi semua yang kita buat dimulakan daripada sekarang.

”Kalau tidak, ahli-ahli parti kata masa masih panjang lagi, jadi mereka tidak akan memberikan fokus,” katanya selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO di pejabatnya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara utama yang perlu ditumpukan oleh sayap parti itu ialah bagaimana memperbaiki imej UMNO dan menarik sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.

Beliau memberitahu, pergerakan itu diingatkan bahawa program berorientasikan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi menyampaikan maklumat tentang isu-isu semasa dengan lebih tepat.

”Kita tidak mahu ada pihak yang begitu mudah memutarbelitkan fakta sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada BN,” katanya.

Muhyiddin mengingatkan Puteri UMNO agar meningkatkan usaha mendekatkan diri dengan generasi muda kerana mereka adalah kelompok terbesar yang akan tersenarai dalam daftar pengundi.

”Puteri perlu berusaha berhubung dan berinteraksi dengan mereka dan pertubuhan yang mewakili mereka.

”’Kita tidak boleh lepas tangan sebaliknya buat secara proaktif dan bukannya bertindak selepas sesuatu perkara berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin bahawa Puteri UMNO di bawah kepimpinan Rosnah mampu melaksanakan tugas yang diarahkan oleh parti itu.

Written by puterijb

Mei 26, 2009 at 3:10 pm

Dikirim dalam Berita

Setuju UMNO hapus kuota

leave a comment »

PUTRAJAYA 21 Mei – Sistem kuota pada pemilihan UMNO akan dihapuskan jika cadangan tersebut diluluskan oleh para perwakilan pada perhimpunan khas parti penghujung tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan parti yang bermesyuarat hari ini bersetuju membawa usul tersebut pada perhimpunan khas itu.

”Pindaan ini akan dibawa pada perhimpunan khas sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

”Sebaik diluluskan, perlembagaan parti serta-merta akan dipinda,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan UMNO di sini hari ini.

Kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 191 bahagian UMNO, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus).

Menurut Hishammuddin, dengan penghapusan sistem kuota, sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak boleh menawarkan diri di semua peringkat.

”Ia dilihat sebagai satu usaha lebih telus, bebas serta memberi peluang kepada sesiapa saja untuk menawar diri dan mendapat tempat jika ada sokongan daripada ahli,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, jawatankuasa berkenaan turut menimbangkan cadangan supaya mesyuarat pemilihan di semua peringkat bahagian melibatkan 60,000 ahli diadakan secara serentak.

Katanya, ia dilihat lebih realistik dari segi logistik berbanding pelaksanaan mesyuarat secara serentak di peringkat cawangan melibatkan jumlah ahli yang besar iaitu 3.4 juta orang.

Selain itu, jelas beliau, pihaknya juga mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti memudahkan pembayaran yuran pencalonan, memperluaskan keahlian kepada ahli-ahli gabungan seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan kemudahan pendaftaran sebagai ahli menerusi teknologi maklumat (IT).

Written by puterijb

Mei 22, 2009 at 9:47 am

Dikirim dalam Berita

PESANAN DATO’ SHAHRIR KEPADA AHLI MAJLIS MEWAKILI PARLIMEN JOHOR BAHRU

leave a comment »

Sembilan orang Ahlimajlis Majlis Bandaraya Johor Bahru yang mewakili Parlimen Johor Bahru telah mengangkat sumpah pada 6 Mei yang lalu.

Mereka yang mewakili UMNO adalah Hajah Salmah Saffar, Khalid Mohamad, Azman Dawam, Dato’ Yahya Jaafar dan Mohd Sunawan Hj Md Som sementara MCA diwakili oleh Tan Lian, Ang Boon Heng, Wong Kwee Eng dan Ng Puay Wah.

Parti MIC Johor Bahru mempunyai kuota seorang Ahlimajlis, namun Kerajaan Negeri masih belum membuat perlantikan.

Pengerusi Barisan Nasional Johor Bahru, YB Dato’ Shahrir Samad berkesempatan menemui Ahlimajlis dari Parlimen Johor Bahru di Hotel Mutiara pada hari semalam.

Dalam pertemuan tersebut, beliau berharap Ahlimajlis dapat memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dalam satu pasukan yang saling bantu membantu. Mereka hendaklah berkerja tidak sahaja dalam kawasan masing-masing, sebaliknya membantu rakan-rakan lainnya menyelesaikan sebarang perkara berbangkit.

Keutamaan menyelesaikan masalah rakyat hendaklah diutamakan tanpa mengira agama dan ras yang mencerminkan kesungguhan bekerja membantu rakyat.

Dato’ Shahrir juga berharap dapat menemui semua Ahlimajlis dalam mesyuarat bulanan yang akan membincangkan pelbagai perkara kepentingan warga bandaraya terutama di dalam Parlimen Johor Bahru.

senarai ahli majlis..
Baca baki entri ini »

Written by puterijb

Mei 18, 2009 at 3:46 pm

Dikirim dalam Berita

TUNJUK PERASAAN GAYA PENYOKONG SHAHRIR DI JOHOR BAHRU

leave a comment »

Demonstrasi menunjukkan 'terima kasih'
Demonstrasi menunjukkan ‘terima kasih’

Di Indonesia, unjuk rasa atau demonstrasi adalah satu perkara umum sejak jatuhnya Presiden Soeharto pada tahun 1998. Sebaliknya, di Malaysia ia masih belum menjadi kebiasaan. Hanya kalau ia hendak dijadikan sejarah, ia boleh disinonimkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana faktanya ialah beliau boleh menarik ribuan manusia berarak di jalan-jalan raya.

Budaya menggunakan jalan sebagai satu cara meluahkan perasaan dengan anjuran yang tersusun kadangkala berakhir dengan perlakuan yang tidak seiring dengan budaya bangsa Melayu dan penganut agama Islam seperti kebiadaban kepada raja-raja dan keganasan.

Ada orang mengatakan Anwar adalah ‘Raja’ bahkan ‘Dalang’ kepada demonstrasi di Malaysia kerana beliau menganjurkan demonstrasi di Baling pada tahun 1974, demonstrasi ‘Reformasi’ pada tahun 1998, dan kini mulai 2007 beralun lagi demonstrasi dalam pelbagai isu.

bersama ahli majlis wong kwee eng

bersama ahli majlis wong kwee eng
Naib Ketua Pu3 Jb bersama jawatankuasa bersama-sama turun padang

Naib Ketua Pu3 Jb bersama jawatankuasa bersama-sama turun padang

Baca baki entri ini »

Written by puterijb

Mei 18, 2009 at 3:31 pm

Dikirim dalam Berita

Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi

leave a comment »

Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi

AHMAD Maslan (dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan Biro Tata Negara ketika melawat Pejabat BTN Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 15 Mei – Lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugas masing-masing.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kegagalan memahami tugas menyebabkan mereka tidak aktif memberi penerangan mengenai isu- isu semasa kepada rakyat kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan sebagai jentera penerangan parti.

”Di seluruh negara terdapat 20,000 jentera penerangan cawangan parti, 18,000 ketua penerangan Wanita, 15,000 ketua penerangan Pemuda dan 7,000 ketua penerangan Puteri.

Baca baki entri ini »

Written by puterijb

Mei 16, 2009 at 1:12 pm

Dikirim dalam Berita