Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru

Salam Ramadhan 1433

leave a comment »

Written by puterijb

Julai 21, 2012 at 9:35 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Mesyuarat Perwakilan Puteri JB 2012

leave a comment »

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Puteri Bahagian Johor Bahru telah berjaya diadakan pada 15 Julai 2012 yang bertempat di Dewanraya Kg Dato Onn Jaafar, Larkin Johor… dan telah dirasmikan oleh YBhg Pn Nor Azita Bt Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri Bahagian Pekan.

Segulung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua perwakilan dan barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru kerana kerjasama yang telah diberikan..

Segala amanat yang telah disampaikan oleh Perasmi dan barisan pucuk pimpinan kita perlu lah kita abdikan dalam perjuangan kita yang tidak pernah tamat..

Zero Wanita Muda Ke Arah Pembangkang

Written by puterijb

Julai 15, 2012 at 9:22 pm

Dikirim dalam Berita

Program Puteri Prihatin 17/12/2011

leave a comment »

Written by puterijb

Disember 13, 2011 at 1:43 am

Dikirim dalam Uncategorized

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU 2011

leave a comment »

Written by puterijb

Mei 12, 2011 at 12:47 pm

Dikirim dalam Aktiviti

Program Kembali Ke Sekolah

leave a comment »

Tahniah diucapkan kepada barisan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru kerana berjaya mengadakan Program Kembali Ke Sekolah pada 5 Disember 2010 yang lalu di Giant Hypermarket Southern Johor..

Written by puterijb

Disember 13, 2010 at 3:31 pm

Dikirim dalam Berita

Mesyuarat Perwakilan Puteri Bahagian Johor Bahru 2010

leave a comment »

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru 2010 telah berjaya diadakan pada 27/6/2010 yang lalu bertempat di Dewan Taman Perbadanan Islam, Johor Bahru..

Tahniah diucapkan kepada semua perwakilan-perwakilan yang hadir pada hari tersebut..

Written by puterijb

Jun 29, 2010 at 3:14 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’

with one comment

Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’ , sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Negeri Johor, anjuran DBP Wilayah Selatan dan kumpulan Teater KESUMA-I Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor dan RTM Johor.

PADA:
-23 Oktober 2009 (Jumaat): 8 malam.
-24 Oktober 2009 (Sabtu): 2.30 petang dan 8 malam.

TEMPAT:
Autorium RTM Johor, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru, Johor.

MASUK PERCUMA

Pendahuluan

Teater adalah medium kreatif untuk menyampaikan mesej mahupun teguran sosial yang efektif dalam kalangan masyarakat. Pelbagai jenis teater boleh dipentaskan seperti teater bangsawan, teater musikal, teater sejarah, teater monolog dan berbagai lagi. DBPWS meneruskan tradisi mengangkat bidang persurata, seni dan budaya dalam bentuk pementasan teater. Sejak tahun 2005 hingga kini, DBPWS giat mementaskan teater berskala kecil iaitu berbentuk monolog serta mengadakan Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007.

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 peringkat negeri Johor, pihak DBPWS berbesar hati mengundang Persatuan Teater Kesuma-I Johor Bahru untuk mementaskan teater yang berjudul Srikandi Tanah Jauhar yang memaparkan dan mengangkat sejarah serta warisan seni budaya dan persuratan negeri Johor.

Sinopsis

Srikandi Tanah Jauhar mengungkap kegigihan anak-anak muda dalam memperjuangkan maruah bangsa dan tanah air. Johor pernah memiliki wilayah amat luas yang meliputi Terengganu, Kepulauan Riau melangkauan Pahang, Singapura dan selatan Semenanjung Tanah Melayu malah Johor itu berasal daripada perkataan ‘jauhar’ yang membawa makna ‘permata’ oleh pedagang-pedagang dan pendakwah dari Timur Tengah.

Srikandi Tanah Jauhar berlatarbelakangkan dua zaman. Zaman Bongkok sekitar awal tahun 1900 digabungkan dengan latar belakang Tun Fatimah sekitar tahun 1500. Perjuangan dengan jiwa raga, darah dan air mata dalam menegak kedaulatan tanah tumpah darah, mempertahankan ideologi sedia ada serta menghapuskan ideologi lapuk yang membebankan orang kebanyakan. Mereka menjadi lagenda kepada para pejuang pada masa kini. Perjuangan melalui kuasa politik diteruskan dengan mengambil semangat daripada roh-roh  pejuang yang tubuhnya telah lindap di bawah lapisan tanah namun semangatnya masih mengapung tekad tekal generasi warisan masa kini.

Karya dan Arahan: Rahimah Muda

Written by puterijb

Oktober 24, 2009 at 6:19 pm

Dikirim dalam Aktiviti, Informasi

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.